Ahad, 27 September 2015

Golongan Khas

Golongan Khas

Terdapat juga golongan khas di Kampung Bambangan. Antaranya ialah golongan Orang Kurang Upaya seramai 5 orang. Seterusnya ialah golongan ibu tunggal yang mempunyai jumlah seramai 4 orang.  Akhir sekali ialah golongan anak yatim yang ada di Kampung Bambangan hanya seorang sahaja.

Aspek Pekerjaan

PEKERJAAN

Di Kampung Bambangan terdapat seramai 4 orang yang bekerja dalam sektor kerajaan yang teridiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang wanita. Disebabkan Kampung Bambangan merupakan kampung atas air maka penduduk di kampung berkenaan kebanyakkannya penternak iaitu seramai 53 orang. Selain itu juga, surirumah di Kampung Bambangan mempunyai jumlah seramai 85 orang. 

Tahap Pendidikan dan Kelulusan Tertinggi

Dari aspek pendidikan Kampung Bambangan mempunyai Sekolah Rendah Kebangsaan yang mempunyai murid seramai 110 orang.  Sekolah Rendah Kebangsaan tersebut mempunyai murid lelaki seramai 45 orang, manakala murid perempuan pula sebanyak 65 orang.  Penduduk Kampung Bambangan juga mempunyai murid yang bersekolah di Sekolah Menengah yang mempunyai jumlah seramai 30 orang iaitu murid lelaki seramai 12 orang manakala murid perempuan pula 18 orang. Kampung Bambangan juga mempunyai pelajar yang mempunyai kelulusan tertinggi dari segi ijazah. Jumlah pelajar yang mempunyai ijazah di Kampung Bambangan ialah 3 orang. Lelaki seramai 2 orang dan wanita 1 orang.

Umur

Umur


Seterusnya ialah dari segi umur. Terdapat beberapa ketegori umur yang dapat kita klasifikasikan di Kg. Bambangan. Seramai 44 orang penduduk yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 22 orang perempuan dapat diketegorikan di umur 65 tahun ke atas. Manakala 41 tahun hingga 64 Tahun mempunyai jumlah  seramai 95 orang iaitu lelaki 46 orang dan wanita 49 orang. Bagi yang mempunyai umur dari 20 hingga 40 tahun mempunyai jumlah 66 orang. Kategori umur 13 tahun hingga 19 tahun mempunyai jumlah 58 orang iaitu lelaki 28 orang dan wanita 30 orang. Bagi yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun mempunyai jumlah seramai 39 orang iaitu 20 orang lelaki dan 19 orang wanita. Kanak-kanak yang berumur dari 6 tahun hingga 1 tahun mempunyai jumlah 27 orang yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 14 orang kanak-kanak perempuan.

Faktor Demografi Kampung Bambangan

Faktor Demografi

Dari segi Demografik Kg. Bambangan mempunyai Jumlah Penduduk seramai 329 Orang yang mempunyai keluarga seramai 67 Buah keluarga. Bagi Kg. Bambangan terdapat serami 155 orang penduduk lelaki dan 174 orang penduduk wanita. Terdapat 2 jenis kaum yang terdapat di Kg. Bambangan iaitu Kaum Melayu dan KAum Bumiputera Sabah. Kaum melayu mempunyai seramai 153 orang lelaki manakala wanita pula seramai 14 orang. Bumiputera Sabah pula mempunya 2 orang pendudk lelaki dan 160 0rang penduduk Wanita.

Isnin, 7 September 2015

Gambar









Sejarah Kampung Bambangan


SEJARAH KAMPUNG
Kampung Bambangan terletak di kawasan parlimen P185 Batu Sapi dan n. 43 Sekong. jaraknya lebih kurang 8 batu ke bandar sandakan melalui jalan darat dan agak jauh sekiranya melalui jalan laut.

menurut pepatah orang lama, asal usul nama kampung ini dari sejenis buah yang ada di tanam di dalam kampung ini iaitu buah bambangan’.

Kampung Bambangan ini mempunyai penduduk yang ramai dan hasil pendapatan utama adalah seperti nelayan, makan gaji, buruh,petani dan sebagainya.